Tentang Kami
Mystique Wonder Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 17 Mei 2004. Kami mengamalkan budaya kerjasama yang terbuka, pelbagai dan telus - kualiti yang menjadi kekuatan kami dan memberi kami keyakinan untuk terus maju ke hadapan.

Sejak penubuhan kami, Mystique Wonder Sdn Bhd telah menyediakan bahan-bahan yang berkualiti pada harga yang kompetitif kepada pengguna akhir kami. Kami membekalkan bahan plastik asli seperti compound warna, master batch, dan pigment. Pada tahun 2009, Mystique Wonder Sdn Bhd mula menceburi bidang barangan pembuangan perubatan, instrumen dan peralatan. Sejak tahun 2013, kami telah dilantik sebagai pengedar sah B. Braun Medical Supplies untuk membekalkan produk perubatan B. Braun yang mengkhususkan dalam penjagaan luka dan pengurusan stoma kepada hospital, runcit dan pesakit. B. Braun adalah sebuah syarikat perubatan dan farmaseutikal Jerman, yang mempunyai pejabat dan fasiliti lebih daripada 50 negara. Ibu pejabatnya terletak di bandar kecil Melsungen, di tengah Jerman.

Mystique Wonder memegang lesen penubuhan sebagai Pengedar dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Kami komited untuk mematuhi keperluan dan tanggungjawab peraturan peranti perubatan dengan melaksanakan Sistem Pematuhan Peraturan Amalan Pengedaran Baik untuk Peranti Perubatan (GDPMD) dan mengekalkan sistem pengurusan kualiti. Kami adalah syarikat yang disahkan mematuhi GDPMD oleh SIRIM sejak tahun 2015.

Pada bulan Ogos 2016, Mystique Wonder Sdn. Bhd. mengembangkan portfolio perniagaannya ke dalam penjagaan kecantikan dan dilantik sebagai pengedar tunggal sistem penjagaan kulit ionik DeepSkin (jenama Korea) di Malaysia. DeepSkin didaftarkan dengan Agensi Regulatori Farmaseutikal Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (Nombor Notifikasi: NOT161005118K).

Ia adalah komitmen kami untuk mencapai Kepuasan Pelanggan Sepenuhnya dan mematuhi Peraturan Keselamatan.

Sila layari laman web ini untuk maklumat terkini mengenai sistem penjagaan kulit kami. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami.

Sijil Kami


       
Switch To Desktop Version